Al-Hafidz Adz-Zahabiy (Ahlusunnah) Vs Ibnu Taimiyah (Mujasimah)
Al-Hafidz Adz-Zahabiy Vs Bekas Gurunya, Ibn Taymiyah Al-Harrany
Az-Zahabi adalah Syamsuddin
Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Uthman bin Qaymaz bin Abdullah (
673-748H ). Pengarang kitab Siyar An-Nubala’ dan kitab-kitab lain
termasuk Al-Kabair.
Mari Kita Lihat Perbezaan Ketara Iktikod Ibn Taymiyah dan Al-Hafidz Az-Zahabi
Dalam kitab Majmuk Fatawa Jilid 4 m/s 374, Ibn Taymiyah Al-Harrany yang yang menjadi pujaan kepada Muhammad Abdul Wahhab, kuncu-kuncunya, dan Wahhabiyyah Mujassimah mengatakan :
إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه
Akidah yang kufur ini bermaksud:
“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.
Terjemahan.Berkata Al-Hafidz Az-Zahabi:“Faedah,
perkataan manusia yang dihukum kufur secara jelas ianya terkeluar dari
Islam oleh para ulama adalah: ……sekiranya seseorang itu menyatakan: Allah Duduk untuk menetap atau katanya Allah Berdiri untuk menetap maka dia telah jatuh KAFIR”. Rujuk scan kitab tersebut di atas.
Perhatikan bagaimana
Az-Zahabi menghukum kafir sesiapa yang mendakwa Allah bersifat Duduk.
Sesiapa yang mengatakan Allah Duduk maka dia kafir. Fokuskan pada
kenyataan Az-Zahhabi tidak pula mengatakan “sekiranya seseorang
itu kata Allah Duduk seperti makhlukNya maka barulah dia kafir” akan
tetapi amat jelas Az-Zahabi terus menghukum kafir kepada sesiapa yang
mendakwa Allah Duduk disamping Az-Zahabi menukilkan hukum tersebut dari
seluruh ulama Islam.

Wahai Mohd Asri Zainul
Abidin, Aizam, Rasul Dahri, Zahazan dan Wahhabi yang lain…ketahuilah
apabila anda semua mengatakan Allah Duduk merupakan kekufuran yang telah
dihukum oleh Az-Zahabi sendiri dan ulama Islam. Tidak perlu ditunggu
kenyataan “ Allah Duduk Seperti MakhlukNya” baru nak dihukum kafir akan
tetapi dengan mengatakan Allah Duduk maka ia merupakan perkataan kufur
terkeluar dari Islam sepertimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz
Az-Zahabi.
Ditambah lagi
Adzahabi mengakui bahawa beliau tiada kaitan langsung dengan ibn
Taymiyah selepas mengetahui penyelewengan Ibn Taymiyah Al-Harrany.
Ini terbukti Adz-Dzahabi (Mantan murid Ibnu Taimiyah) dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab, m.s. 23 (cetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik) mengatakan :“Sesungguhnya
aku telah melihat sesuatu yang telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah
disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tidak dipercayai antara
kebenaran dengan kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini
(falsafah), beliau merupakan cahaya yang menerangi kehidupan,
lebih-lebih lagi tentang al-salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi
gelap-gelita.”
Dalam kitab yang sama hlm 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: “
Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terajangnya (Ibnu
Taimiyah), sehinggalah saya merasa bosan setelah bertahun-tahun
menelitinya. Hasil yang saya peroleh adalah; ternyata bahawa penyebab
tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama’ Syam dan Mesir serta beliau
dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir
adalah kerana beliau seorang yang sombong takabbur, terlena oleh diri
sendiri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan cenderung untuk
mengepalai dan memimpin para ulama’ serta sering memperlekeh para ulama’
besar.Adz-Dzahabi (Mantan murid
Ibnu Taimiyah) dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab,
m.s. 23 (cetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik):“Sesungguhnya aku telah
melihat sesuatu yang telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir,
dihukum sesat dan kafir serta tidak dipercayai antara kebenaran dengan
kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau
merupakan cahaya yang menerangi kehidupan, lebih-lebih lagi tentang
al-salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap-gelita..”
Dalam kitab yang sama hlm 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: “
Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terajangnya (Ibnu
Taimiyah), sehinggalah saya merasa bosan setelah bertahun-tahun
menelitinya. Hasil yang saya peroleh adalah; ternyata bahawa penyebab
tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama’ Syam dan Mesir serta beliau
dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir
adalah kerana beliau seorang yang sombong takabbur, terlena oleh diri
sendiri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan cenderung untuk
mengepalai dan memimpin para ulama’ serta sering memperlekeh para ulama’
besar.
Di sediakan oleh :
Abu Lehyah Al-kelantany
https://salafytobat.wordpress.com/category/al-hafidz-adz-zahabiy-ahlusunnah-vs-ibnu-taimiyah-mujasimah/
No comments:
Post a Comment