Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Monday, March 28, 2016

Salafi: Sebuah Fase Sejarah, Bukan Mazhab



Buku Indonesia: Salafi: Sebuah Fase Sejarah, Bukan Mazhab


Judul Buku: Salafi: Sebuah Fase Sejarah, Bukan Mazhab
Pengarang Asal: Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti
Judul Asal: As-Salafiyyah: Marhalah Zamaniyyah Mubarakah, La Mazhab Islami
Penterjemah: Futuhal Arifin Lc.

Terbitan: Gema Insani
Sinopsis:

Buku ini dikarang oleh Prof. Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, seorang ulama’ Syam yang dikagumi keilmuan beliau. Buku ini membicarakan tentang mahfum sebenar istilah Salaf dalam tradisi ilmu Islam sejak zaman berzaman. Ianya menjelaskan bahawasanya, istilah salaf itu bukanlah suatu mazhab dalam Islam, sepertimana yang dianggap oleh sebahagian mereka yang mengaku sebagai salafi, tetapi istilah salaf itu sendiri merujuk kepada suatu zaman awal umat Islam (kurun pertama-ke 3 H).
Salafus-soleh adalah mereka yang hidup di zaman Nabi s.a.w. dan zaman yang hampir dengan zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat, bukan mereka yang mendakwa sebagai salafi di akhir zaman ini. Istilah salafi itu merujuk kepada suatu masa, bukan kepada suatu kerangka pemikiran ataupun manhaj dalam Islam, kerana dalam kalangan salafus-soleh itu sendiri, mempunyai pelbagai manhaj yang berbeza antara para ulama.
Buku ini suatu jawapan yang ilmiah kepada kelompok yang mendakwa diri mereka sebagai salafi atau salafiyyah. Ia mengupas banyak persoalan-persoalan yang timbul dari kelompok tersebut.
Alim besar Syria yang tidak perlu diperkenalkan lagi, al-Sheikh Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouthi menerangkan dengan panjang lebar sebuah ajaran baru yang dinamakan “al-Salafiyyah” selepas ditukar jenama daripada “al-Wahhabiyyah” kerana pengamal ajaran ini tidak mahu ajaran ini dinisbahkan kepada Muhammad Ibn Abdul Wahhab semata-mata. [Rujuk m/s 235 & 236 daripada kitab dibawah]
Beliau menyatakan bahawa MENGIKUT GENERASI SALAF adalah satu perkara yang sangat-sangat berbeza berbanding BERMAZHAB DENGAN MAZHAB AL-SALAFIYYAH yang digembar-gemburkan oleh pengamal Wahhabi pada hari ini.[Rujuk m/s 221 sehingga 242 daripada kitab di bawah].
Beliau berkata bahawa istilah yang digunakan oleh para ulama’ untuk menamakan kedudukan para ulama’ yang benar adalah Ahli Sunnah dan Jama’ah. Istilah Ahli Sunnah dan Jama’ah adalah istilah yang telah diijmak oleh para ulama’ generasi Salaf untuk menamakan golongan yang benar. Manakala istilah al-Salafiyyah yang digunakan oleh golongan Wahhabi pada hari ini untuk melambangkan dan menamakan golongan yang benar [menurut sangkaan mereka] adalah satu bid’ah yang tercela bahkan tidak pernah digunakan oleh generasi Salafus Soleh untuk menamakan golongan yang benar. Sila lihat petikan dan terjemahan kata-kata beliau di bawah [Semoga anda diberi hidayah oleh Allas SWT]. Kitab ini bertajuk:
[السلفية: مرحلة زمنية مباركة لا مذهب إسلامي]
“Al-Salafiyyah: Satu Tempoh Masa Yang Diberkati dan bukanlah Sebuah Mazhab Islam.”
Kitab ini adalah satu penerangan dan kritikan yang penuh ilmiah terhadap ajaran Wahhabi yang dikarang oleh seorang alim seperti beliau.
“Cukuplah pujian bagi kitab ini dengan disebutkan nama penulisnya.”

Terjemahan:
“Dan manakala apabila seorang Muslim mentakrifkan / memperkenalkan dirinya dengan menyatakan bahawa dia disandarkan kepada sebuah mazhab yang dikenali pada hari ini dengan al-Salafiyyah, maka tanpa ragu-ragu lagi dia adalah seorang ahli bid’ah.
Ini adalah kerana sekiranya istilah “al-Salafiyyah” boleh memberi maksud yang sama seperti “Ahli Sunnah dan Jamaah”, maka sesungguhnya dia telah melakukan bid’ah dengan mencipta nama yang berbeza dengan nama yang telah disepakati oleh generasi Salaf [Semoga keredhaan Allah dilimpahkan ke atas mereka].
Dan nama yang bid’ah lagi tidak diperlukan ini telah cukup untuk menimbulkan ketidakstabilan dan perpecahan di dalam saf-saf [perpaduan] umat Islam.
Dan manakala sekirannya nama al-Salafiyyah ini memberi maksud yang berbeza dengan dengan hakikat Ahli Sunnah dan Jama’ah – dan inilah kebenarannya – maka bid’ah ini telah berlaku dengan nama rekaan tersebut [al-Salafiyyah] serta kandungannya yang bathil, dan istilah ini cuba menegakkan benderanya dan mengangkat kedudukannya sebagai ganti kepada kebenaran yang telah disepakati oleh generasi Salaf dan [generasi Salafus Soleh pada hakikatnya] telah berijma’ menggunakan nama “Ahli Sunnah dan Jama’ah” [bagi golongan yang benar].”
Maka telah terbuktilah bid’ah [golongan Salafi Wahhabi ini] dalam menggunakan istilah “al-Salafiyyah” di samping maksudnya yang juga bid’ah untuk digunakan sebagai jenama/nama bagi sebuah kumpulan baru [Salafi Wahhabi] yang memisahkan diri mereka dari jemaah umum Umat Islam yang bersatu dalam menggunakan istilah “Ahli Sunnah dan Jama’ah” serta berpegang dengan hakikat [Ahli Sunnah dan Jama’ah] yang benar.”
Dapat difahami daripada kata-kata di atas bahawa al-Sheikh al-Bouthi:
  1. Menerangkan bahawa istilah al-Salafiyyah adalah satu istilah yang bid’ah dan bertentangan dengan kesepakatan ulama’ generasi Salaf.
  2. Menolak istilah al-Salafiyyah untuk digunakan sebagai ganti Ahli Sunnah dan Jamaah.
  3. Berterus-terang bahawa kandungan ajaran yang dibawa oleh kelompok Salafiyyah Wahhabiyyah adalah bukan merupakan pegangan Ahli Sunnah dan Jamaah.
Semoga nasihat beliau ini mampu melembutkan hati yang keras, menghidupkan hati yang mati, menyedarkan hati yang lalai, mengubati hati yang berpenyakit dan meluruskan hati yang terpesong dengan izin Allah SWT dan berkat kasih sayang-Nya kepada Rasulullah SAW.
Wassalam.
Mau  beli kitabnya (Malaysia)? :
http://mideast02.blogspot.com/2008/05/judul-buku-salafi-sebuah-fase-sejarah.html

Bermazhab dengan mazhab al-Salafiyyah (Salafy) adalah DILARANG & bid’ah


Bermazhab dengan mazhab al-Salafiyyah (Salafy) adalah DILARANG & bid’ah

Inilah penjelasannya

1. Bermazhab dengan mazhab al-Salafiyyah (Salafy) adalah DILARANG

Penjelasan Imam al-Nawawi dipetik dari kitab Majmu’ Sharh al-Muhazzab
Bab Adab Berfatwa, Mufti dan Orang Yang Bertanya Fatwa

Terjemahan
“Dan tidak boleh bagi si awam itu bermazhab dengan mazhab salah seorang daripada imam-imam di kalangan para sahabat r.anhum dan selain daripada mereka daripada generasi-generasi yang terawal, walaupun mereka lebih alim dan lebih tinggi darjatnya berbanding dengan (ulama’) selepas mereka;
ini adalah kerena mereka tidak meluangkan masa sepenuhnya untuk mengarang ilmu dan meletakkan prinsip-prinsip asas dan furu’nya. Maka tidak ada bagi salah seorang daripada mereka sebuah mazhab yang telah dihalusi, dianalisis dan diperakui.
Hanyasanya, (ulama’2) yang datang selepas mereka yang merupakan pendokong mazhab para sahabat dan tabien lah yang melakukan usaha meletakkan hukum-hukum sebelum berlakunya perkara tersebut; yang bangkit menerangkan prinsip-prinsip asas dan furu’ mereka seperti (Imam) Malik dan (Imam) Abu Hanifah dan selain dari mereka berdua.”
[Kemudian Imam al-Nawawi menjelaskan kelebihan mazhab Imam al-Shafie dari pandangan beliau dan dengan secara tersiratnya menerangkan mengapa beliau bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie]
“Dan oleh kerana Imam al-Shafie adalah merupakan imam yang terkemudian dari sudut masa, maka beliau telah melihat mazhab-mazhab mereka seperti mana mereka melihat mazhab-mazhab ulama’ sebelum mereka. Maka beliau menperhalusinya, mengujinya dan mengkritiknya dan memilih yang paling rajih (kuat) dan beliau mendapat hasil daripada usaha ulama’2 sebelum beliau yang telah meletakkan gambaran dan pengasasan, maka beliau telah meluangkan masa untuk memilih dan mentarjih dan menyempurnakan dan meminda, dengan pengetahuan beliau dan kebijaksanaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu.
Dan dengan perkara ini beliau mendapat kedudukan yang lebih kuat dan rajih, kemudian tidak ada selepas beliau, (alim) yang mencapai kedudukan seperti beliau dalam perkara ini.
Maka dengan ini, mazhab beliau adalah mazhab yang paling utama untuk diikuti dan bertaqlid dengannya – dan ini dengan jelasnya bahawa kita mestilah berlaku adil dan tidak ada meletakkan sebarang sikap memandang rendah pada salah seorang daripada para imam.
Hal ini, apabila diteliti oleh si awam akan memandunya kepada memilih mazhab Imam al-Shafie dan bermazhab dengannya.”
Sedikit Ulasan
  • Mengikut mazhab yang empat pada hakikatnya mengikut mazhab para sahabat dan tabien kerana ulama’ mazhab empat merupakan pendokong mazhab para sahabat dan tabien yang mengikut sunnnah Rasulullah SAW.
  • Terdapat beberapa Imam dalam mazhab al-Shafie yang menerangkan sebab kenapa mereka bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie seperti Imam al-Nawawi, Imam al-Bayhaqi dan Imam al-Suyuthi. Jelaslah mereka bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie bukan kerana taqlid semata-mata.
  • Kalau andadapat cari sebab-sebab yang dikemukan oleh para imam tersebut, Insya Allah, akan bertambah kuat pegangan anda dengan mazhab yang muktabar seperti mazhab Imam al-Shafie .
  • Ada saper2 nak bantah kata2 Imam al-Nawawi ini?!
  • Pelik sungguh bila melihat orang ramai sanggup mengikut pendapat golongan Wahhabi yang tidak mempunyai latar belakang pengajian agama yang kukuh, bahkan sebahagian besar mereka adalah daripada golongan professional [pilot pun ader, pegawai syarikat komunikasi pun ader, pegawai bank pun ader] yang tidak mahir berbahasa arab dan meninggalkan ulama’ mazhab yang empat seperti Imam al-Nawawi .
  • Fikir-fikirkanlah .

2. Bermazhab dengan mazhab al-Salafiyyah adalah bid’ah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


Alim besar Syria yang tidak perlu diperkenalkan lagi, al-Sheikh Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouthi menerangkan dengan panjang lebar sebuah ajaran baru yang dinamakan “al-Salafiyyah” selepas ditukar jenama daripada “al-Wahhabiyyah” kerana pengamal ajaran ini tidak mahu ajaran ini dinisbahkan kepada Muhammad Ibn Abdul Wahhab semata-mata. [Rujuk m/s 235 & 236 daripada kitab dibawah]
Beliau menyatakan bahawa MENGIKUT GENERASI SALAF adalah satu perkara yang sangat-sangat berbeza berbanding BERMAZHAB DENGAN MAZHAB AL-SALAFIYYAH yang digembar-gemburkan oleh pengamal Wahhabi pada hari ini.[Rujuk m/s 221 sehingga 242 daripada kitab di bawah].
Beliau berkata bahawa istilah yang digunakan oleh para ulama’ untuk menamakan kedudukan para ulama’ yang benar adalah Ahli Sunnah dan Jama’ah. Istilah Ahli Sunnah dan Jama’ah adalah istilah yang telah diijmak oleh para ulama’ generasi Salaf untuk menamakan golongan yang benar. Manakala istilah al-Salafiyyah yang digunakan oleh golongan Wahhabi pada hari ini untuk melambangkan dan menamakan golongan yang benar [menurut sangkaan mereka] adalah satu bid’ah yang tercela bahkan tidak pernah digunakan oleh generasi Salafus Soleh untuk menamakan golongan yang benar. Sila lihat petikan dan terjemahan kata-kata beliau di bawah [Semoga anda diberi hidayah oleh Allas SWT]. Kitab ini bertajuk:
[السلفية: مرحلة زمنية مباركة لا مذهب إسلامي]
“Al-Salafiyyah: Satu Tempoh Masa Yang Diberkati dan bukanlah Sebuah Mazhab Islam.”
Kitab ini adalah satu penerangan dan kritikan yang penuh ilmiah terhadap ajaran Wahhabi yang dikarang oleh seorang alim seperti beliau.
“Cukuplah pujian bagi kitab ini dengan disebutkan nama penulisnya.”

Terjemahan:“Dan manakala apabila seorang Muslim mentakrifkan / memperkenalkan dirinya dengan menyatakan bahawa dia disandarkan kepada sebuah mazhab yang dikenali pada hari ini dengan al-Salafiyyah, maka tanpa ragu-ragu lagi dia adalah seorang ahli bid’ah.
Ini adalah kerana sekiranya istilah “al-Salafiyyah” boleh memberi maksud yang sama seperti “Ahli Sunnah dan Jamaah”, maka sesungguhnya dia telah melakukan bid’ah dengan mencipta nama yang berbeza dengan nama yang telah disepakati oleh generasi Salaf [Semoga keredhaan Allah dilimpahkan ke atas mereka].
Dan nama yang bid’ah lagi tidak diperlukan ini telah cukup untuk menimbulkan ketidakstabilan dan perpecahan di dalam saf-saf [perpaduan] umat Islam.
Dan manakala sekirannya nama al-Salafiyyah ini memberi maksud yang berbeza dengan dengan hakikat Ahli Sunnah dan Jama’ah – dan inilah kebenarannya – maka bid’ah ini telah berlaku dengan nama rekaan tersebut [al-Salafiyyah] serta kandungannya yang bathil, dan istilah ini cuba menegakkan benderanya dan mengangkat kedudukannya sebagai ganti kepada kebenaran yang telah disepakati oleh generasi Salaf dan [generasi Salafus Soleh pada hakikatnya] telah berijma’ menggunakan nama “Ahli Sunnah dan Jama’ah” [bagi golongan yang benar].”
Maka telah terbuktilah bid’ah [golongan Salafi Wahhabi ini] dalam menggunakan istilah “al-Salafiyyah” di samping maksudnya yang juga bid’ah untuk digunakan sebagai jenama/nama bagi sebuah kumpulan baru [Salafi Wahhabi] yang memisahkan diri mereka dari jemaah umum Umat Islam yang bersatu dalam menggunakan istilah “Ahli Sunnah dan Jama’ah” serta berpegang dengan hakikat [Ahli Sunnah dan Jama’ah] yang benar.”
Dapat difahami daripada kata-kata di atas bahawa al-Sheikh al-Bouthi:
  1. Menerangkan bahawa istilah al-Salafiyyah adalah satu istilah yang bid’ah dan bertentangan dengan kesepakatan ulama’ generasi Salaf.
  2. Menolak istilah al-Salafiyyah untuk digunakan sebagai ganti Ahli Sunnah dan Jamaah.
  3. Berterus-terang bahawa kandungan ajaran yang dibawa oleh kelompok Salafiyyah Wahhabiyyah adalah bukan merupakan pegangan Ahli Sunnah dan Jamaah.
Semoga nasihat beliau ini mampu melembutkan hati yang keras, menghidupkan hati yang mati, menyedarkan hati yang lalai, mengubati hati yang berpenyakit dan meluruskan hati yang terpesong dengan izin Allah SWT dan berkat kasih sayang-Nya kepada Rasulullah SAW.
Wassalam.
https://salafytobat.wordpress.com/2009/01/07/bermazhab-dengan-mazhab-al-salafiyyah-salafy-adalah-dilarang-bid%E2%80%99ah/

Tuesday, March 8, 2016


Inilah Fatwa Wahabi Yang Bolehkan Maulid


 Inilah Fatwa Wahabi Yang Bolehkan Maulid



Dr. Qais almubarak menuturkan bahwa perayaan2 tersebut masuk dalam perkara mubah seperti perayaan kelulusan, mendapat gelar, dan perayaan2 yg lain
Perayaan2 ini mubah selama tidak diyakini sebagai sunnah mandubah atau dianggap sebagai syiar2 agama, katanya sebagaimana dikutip harian “al hayah”
Demikian pula tak ada masalah dalam pengkhususan tiap tahun sekali, sebulan sekali, dalam kegiatan belajar, membaca hadits, membaca sirah, sifat2 mulia nabi atau ilmu2 yg lain
Demikian pula tak ada masalah dg perayaan hijrah, isra’ mi’raj, dengan tujuan mengenang serta mendidik. semua ini bukan bid’ah yg diharamkan kecuali bila dilakukan dengan keyakinan bahwa ini syiar yang mandub (sunnah) atau meyakini bahwa brgsiapa yg tidak melaksanakannya sama saja dg meninggalkan sunnah
Oleh : Ustadz Abi Awad Naufal

 WEBSITE ASWAJA


OLEH : Abi Gheitsa
banyak Web, blog dan sejenisnya yang ngaku-ngaku ASWAJA, supaya tidak terjebak berikut adalah daftar Web,blog dan sejenisnya yang merupakan situs ASWAJA:
MOHON DITAMBAH BILA ADA YANG BELUM TERCANTUMSEBELUM DITAMBAHKAN VERIFIKASI DULU!!!
MAJELIS TA’LIM DAN DZIKIR
Majelis Rasulullah, Jakarta (http://www.majelisrasulullah.org/)
Majelis Nurul Musthofa, Jakarta (http://www.nurulmusthofa.org/)
Majelis Al-Anwar, Jakarta (http://www.majelisalanwar.com/)
Majelis Dzikir Al-Attas, Jakarta (http://majlisdzikiralattas.wordpress.com/)
Majelis Dzikir Az-Zikra, Jakarta (http://www.majelisazzikra.org/)
Majelis Syamsi Syumus, Jakart (http://www.syamsisyumus.org/)
Majelis Nurul Habib (http://www.nurulhabib.com/)
Majelis Ahbabur Rasul (http://www.ahbaburrasulsaw.org/)
Majelis Riyaadhul Jannah, Jakarta (http://riyaadhul-jannah.blogspot.com/)
Majelis Nurul Qulub, Tegal (http://www.nurulqulub.org/)
WEBSITE ILMIAH (BAHASA INDONESIA)
WEBSITE ILMIAH (BAHASA MALAYSIA DAN LAIN2)
MA’HAD
PP Madinah Munawwarah, Semarang (http://www.pmm-online.co.cc/)
PP Daarul Lughah Wad-Da’wah, Bangil (http://pp-dalwa.com/)
Rubath Tarim (http://rubat-tareem.net/)
LPI Daarut Tauhid, Malang (http://www.lpidaruttauhidmalang.com/)
PP Yanba’ul Qur’an, Kudus (http://www.arwaniyyah.com/)
Madrasah Qudsiyah, Kudus (http://www.qudsiyyah.com/)
Al-Khairaat, Palu http://alkhairaat.or.id/
PP Langitan http://langitan.net/
TOKOH
Habib Umar bin Hafidz (http://www.alhabibomar.com/)
Habib Ali Al-Jufrie (http://alhabibali.org/)
Syeikh Ramdhan Al-Bouti (http://bouti.com/)
Habib Sholeh alaydrus malang (http://madinatulilmi.com/)
Buya Yahya, Cirebon (http://www.buyayahya.org/)
Habib Luthfi bin Yahya, Pekalongan (http://www.habibluthfiyahya.net/)
PERSONAL WEB/BLOG
Luqman Firmansyah (http://www.luqman.co.cc/)
Muhammad Syafi’i (http://blog.its.ac.id/syafii/)
RADIO
Radio Buya Yahya Cirebon (http://radio.buyayahya.com:8199/listen.pls)
ORMAS
Front Pembela Islam (http://www.fpi.or.id/)
Nahdlatul Ulama (http://www.nu.or.id/)
NU Cabang Pasuruan (http://www.nupasuruan.or.id/)
NU Jawa Timur (http://www.nujatim.or.id/)
NU Pekalongan (http://www.nubatik.net/)
TOKO BUKU ISLAMI ONLINE
PP. Assalafiyyah Mlangi Yogya (www.as-salafiyyah.blogspot.com)

Monday, March 7, 2016

kontroversi jenggot mbah hasyim



Berikut ini penjelasan dari pengarang buku "Hasyim Asyari Guru Sejati" yakni Saudara Mas Syamsul Huda berkaitan bagaimana wajah atau rupa asli alias yang sebenarnya (minimal mendekati kebenaran) dari Hadrotussyaiky K.H Hasyim Asy'ari? Inilah penuturan Beliau yang kami diambil dari laman facebook pribadinya: 
Ini yang kedua kalinya saya harus menjawab keraguan Mas Ipang, soal jenggot Hadratussyaikh Hasyim Asy'ari.

Entah apa maksud Mas Ipang membawa-bawa Kakek Buyutnya untuk memancing orang berdebat dan saling mencaci maki???. 
Lukisan yang siang tadi dipajang sebagai backdrop di Tugu Proklamasi dalam rangka pencanangan Hari Santri.

Lukisan yang karya Toto. MS tersebut diambil dari cover buku Guru Sejati yang saya tulis. Buku yang menerangkan tentang sejarah asal usul berdirinya Pondok Pesantren Tebu Ireng. Gambar cover ini yang asal usulnya adalah karya pelukis Badri(Pasuruan), lukisan tersebut dipesan khusus oleh Gus Riza Yusuf Hasyim untuk memvisualkan perjuangan Mbah Hasyim ketika menghadapi kekejaman Tentara Nippon.

Ketika lukisan ini sudah selesai, kami bertiga ( Gus Riza, Mas Badri dan saya) menghadap almarhum KH. Hamid Baidlowi, kemudian kepada Pak Bulkin (adik KH Solihin - khadam/pembantu Mbah Hasyim yang ikut ditangkap Tentara Jepang). 

Pendapat kedua Beliau; lukisan yang sudah jadi tersebut dikoreksi, bahwa Mbah Hasyim raut wajahnya klimis tidak berjenggot.

Untuk meyakinkan pendapat dua orang yang sempat bertemu Beliau, lukisan tersebut dibawa kerumah saya untuk ditashihkan kembali kepada Bapak saya, H. Ahmad Riyadi. Beliau asli Tebu Ireng, cucu salah satu khadamnya (pembantu) Mbah Hasyim. Bapak meyakinkan memang benar, bahwa Mbah Hasyim itu selalu klimis, wangi, selalu rapi dengan jas krah shanghai warna dawuk (abu-abu pekat).

Ketika lukisan ini saya ambil lagi sebagai cover. Sekali lagi saya bertanya kepada Bapak, dan beliau menjawab, "ya memang seperti ini wajah Mbah Hasyim".

Sebagai catatan; ketika launching buku Guru Sejati, dua kali buku ini dibedah di Pondok Pesantren Tebu Ireng. 

Yang pertama, bedah buku digelar di Masjid Ulul Albab Tebu Ireng bersama Gus Fahmi. Yang kedua, di Aula KH. Yusuf Hasyim. Semula dijadwalkan Gus Solah akan menjadi pembicara, namun karena ada tamu penting dari Malaysia, maka diwakilkan kepada salah satu guru Tebu Ireng.
Dua kali dibedah di Tebu Ireng, tidak ada satupun keberatan soal isi, terlebih cover Guru Sejati. Bahkan Gus Fahmi mengapresiasi positif terhadap buku ini.
Namun mengapa sekarang Mas Ipang ribut di Facebook?. Kenapa tidak mencari sumber lukisan tersebut?. 
Mengapa koq senengnya ngajak ribut orang, sangat jauh dari sifat Buyut-nya yang selalu santun dan murah senyum. 

Sekali lagi, saya hanya ingin menyampaikan fakta yang sebenarnya. Jangan mengotori akhlak beliau yang begitu luhur, apalagi mengundang orang untuk saling mencaci maki di facebook. Tolong diurut lagi, apa KH. Wahid Hasyim, KH. Kholik, KH. Karim, KH. Yusuf Hasyim (merupakan putra-putra Mbah Hasyim) memiliki jenggot?
 
Sumber: Status Facebook Masyamsul Huda


Selengkapnya : http://www.muslimoderat.com/2015/10/kh-hamid-baidlowi-mbah-hasyim-itu.html#ixzz42Bvt0O4A

Saturday, March 5, 2016

Jenggot KH Hasyim Asy'ari 



Menurut para saksi memang KH Hasyim asy'ari selalu klimis dan tak punya jenggot ( Baca: KH Hamid Baidlowi: Mbah Hasyim itu Wajahnya Klimis Tidak Berjenggot)
Namun jika kita search di internet ternyata sebagian foto ada jenggotnya dan sebagian lagi tidak berjenggot.

Jadi mana yang benar? Wallahu a'lam
Menurut kami tidak penting mana yang benar, yang terpenting bagaimana kita bisa meneruskan perjuangan beliau dan mewujudkan cita-cita beliau slaha satunya menghidupkan Hari Santri ini dengan tekun belajar.

Berikut Foto dan Lukisan KH Hasyim Asyari


Jenggot KH Hasyim Asy'ari


Jenggot KH Hasyim Asy'ari


Jenggot KH Hasyim Asy'ari


Jenggot KH Hasyim Asy'ari


Jenggot KH Hasyim Asy'ari


Jenggot KH Hasyim Asy'ari
 

Friday, March 4, 2016

Sekilas Tanggapan Atas Kebebasan Versi Al Hawâli dan Syi’ah!

Sekilas Tanggapan Atas Kebebasan Versi Al Hawâli dan Syi’ah!

Kebabasan adalah kamu bisa dengan bebas menjelaskan bahwa pikiran ini atau itu salah atau bid’ah atau syirik, dan selainmu juga bebas menjelaskan bahwa pikiran-pikiran ini atau itu mubâh/boleh dilaksanakan dalam Syari’at atau Sunah… dalam kondisi seperti itu kebebasan adalah milik/hak semua. Adapun kalian memiliki kebebasan menyifati/menuduh orang-orang yang rajin ruku’ dan sujud sebagai penyandang kemusyrikan! Kemudian hak-hak mereka –yang kalian berikan untuk mereka- hanya sebatas hidup dan mati saja! Maka ini jelas adalah Ghuluw/ekstrimisme sikap, arogansi, sikap manja yang berlebihan.
Hasan FarhanDr. Safar al Hawâli berkata sesungguhnya batasan kebebasan Syi’ah di Kerajaan (Arab Saudi) hanya sebatas ia dilahirkan dalam keadaan Syi’ah dan mati dalam keadaan menganut Syi’ah tanpa ada introgasi. Dan hanya ini batas kebebasan Syi’ah. Dan batas ini diberikan lengkap. Tetapi mereka tidak berhak menguasai akidah negeri dan akidah yang dianut mayoritas… dll dan ia berargumentasi dengan sebagian kelompok masyarakat Amerika.. sebatas itulah kebebasan mereka di Amerika.
Ini ringkas pandangannya.
.
Saya berharap Dr. Safar al Hawâli memaklumi saya dalam tanggapan singkat ini atas ucapannya yang singkat namun penuh dengan ketidak-tepatan.
Pertama: Kebebasan bukanlah kamu dilahirkan dan mati atas mazhab tertentu yang kamu anut. Ini jelas mempersempit makna kebebasan beragama dan hak-hak sipil warga Negara. Agama dalam nash-nashnya dan Negara dalam undang-undangnya tidak mengatakan demikian.
Kedua: Sepanjang pengetahuan saya, tidak seorang pun mengatakan bahwa Syi’ah dan kaum Shufi bermaksud menguasai/memaksakan akidah mereka ke atas Negara (Arab Saudi). Negeri ini agamanya adalah Islam berdasarkan al Kitab (Al Qur’an) dan Sunah. Bukan berdasarkan rincian-rincian (hasil pemahaman para ulama atas keduanya_red).
Ketiga: Mereka hanya menuntut –misalnya- agar mereka tidak dikafirkan atau ada provokasi kekerasan atas mereka dan atas keselamatan darah-darah/jiwa-jiwa mereka. Dan permintaan ini bukanlah penentangan terhadap Islam dan pembangkangan atas Negara. Bahkan ia adalah hak azazi mereka.
Al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki_3(Allamah Sayyid Muhammad Alawi al Maliki al Hasani… Imam Besar Ahlusunnah keturunan Imam Hasan; cucu Nabi yang dikafirkan kaum Salafi Wahabi Takfiri)
Ketika Dr. al Hawâli menulis buku menentang Sayyid Muhammad Alawi al Maliki dengan judul: Al Maliki Da’i/Penganjur Kemusyrikan Di Jazirah Arabiyah! Kemudian beliau tidak diberi kesempatan membantah Anda, maka di sini perbedaannya!
Perbedaan dalam kebebasan. Perbedaan yang besar sekali ketika kamu menuduh seorang Syeikh (ulama) Muslim bahwa ia adalah Da’i/Penganjur Kemusyrikan. Ini dianggap sebuah kebebasan. Adapun dia (yang divonis), hak dia hanya boleh dilahirkan (hidup dan mati sebagai Shufi! Hanya itu saja!
Dan atas kasus di atas kiaskan selainnya.
Apa yang kalian (Wahabi Arab Saudi) lakukan terhadap Sayyid Muhammad Alawi al Maliki (semoga Allah merahmati beliau) juga kalian lakukan terhadap kaum Syi’ah dan kaum Sunni. Dan kalian memandangnya sebagai sebuah kebebasan! Tetapi kalian tidak memberi kesempatan pihak lain untuk sekedar berkata: Kalian salah! Dan sebelum kamu, Syeikh al Manî’ telah menulis buku dan dicetak dengan judul;Dhalâlât al Maliki/Kesesatan-kesesatan al Maliki (maksudnya adalah Muhammad Alawi). Kitab itu telah dicetak dan dibagi-bagikan Cuma-Cuma melalui Lembaga Fatwa tertinggi di Kerajaan Arab Saudi!
Wahai Syeikh, Kezaliman itu Haram!
Kebabasan adalah kamu bisa dengan bebas menjelaskan bahwa pikiran ini atau itu salah atau bid’ah atau syirik, dan selainmu juga bebas menjelaskan bahwa pikiran-pikiran ini atau itu mubâh/boleh dilaksanakan dalam Syari’at atau Sunah… dalam kondisi seperti itu kebebasan adalah milik/hak semua. Adapun kalian memiliki kebebasan menyifati/menuduh orang-orang yang rajin ruku’ dan sujud sebagai penyandang kemusyirikan! Kemudian hak-hak mereka –yang kalian berikan untuk mereka- hanya sebatas hidup dan mati saja! Maka ini jelas adalahGhuluw/ekstirmisme sikap, arogansi, sikap manja yang berlebihan.
Adapun kelompok-kelompok/golongan di Amerika yang disebutkan Syeikh Safar itu jelas menyama-nyamakan dua kasus yang sangat berbeda dan analogi yang sesat. Karena kelompok-kelompok itu (di Amerika) memiliki kebebasan berpendapat/menyampaikan pendapatnya dan menulis dan mereka tidak takut adanya provokasi atau peledakan bom atas mereka.
Solusinya wahai Syeikh adalah Dialog antara elemen masyarakat.
Akidah Syeikh Muhammad Alawi al Maliki adalah seperti akidahnya Syeikh Sya’râwi dan Lembaga Tinggi al Azhar, lalu mengapakah Anda menyebutnya sebagai: Da’i/Penganjur Kemusyrikan?! Lebih tepat bagi Anda satu dari dua perkara:
  • Anda mengatakan bahwa Al Azhar adalah Lembaga Kemusyrikan.
  • Atau Anda mengatakan al Maliki berpendapat begini dan begitu adapun kami berpendapat begini dan begitu. Dan Anda dan dia tetap sebagai Muslim dan warga Negara.
Keluhan kaum Syi’ah dan kaum Shufi wahai Dr. Safar adalah kalian (Wahabi) berdusta atas nama mereka dengan apa-apa yang menyebabkan mereka berhak divonis kafir, kemudian kalian menjatuhkan vonis kafir atas mereka atas dasar dusta, kemudia kalian menghalalkan darah-darah mereka atas dasar “kekafiran” itu. Ini tepatnya keluhan mereka itu, lalu kalian tidak menerima diadakannya dialog dan diskusi atau koreksi. Tidak juga memberi kesempatan mereka menjelaskan (dasar-dasar) pandangan mereka (secara utuh). Semua itu tidak ada!
Hanya kalian berikan hanya sekedar hak hidup dan mati seperti juga binatang dan tanaman.
Kalian memonopoli total Islam pada pandangan kalian. Kalian memonopoli negeri/kebangsaan hanya pada pola pandang kalian saja. Sebagaimana kalian memonopoli hak azazi pada pemahaman kalian serta memonopoli kebebasan pada cara berpikir kalian…
Sedikit berendah hatilah kalian!
Saya tidak ingin membuka dialog dengan Dr. Safar… tidak juga bermaksud memaparkan pendapat-pendapatnya yang sangat keras/ekstrim. Yang saya sampaikan ini hanya sekedar kesaksian demi Allah semata. Saya mengajak beliau agar bertaqwa kepada Allah dan meninjau kembali pemikiran-pemikirannya.
Wahai Syeikh, tahukan Anda, di mana terletak kekuatan kalian?!
Ia bukan pada dalil dan bukti! Tetapi kekuatan kalian terletak pada kalian mencegah pihak lain untuk membela diri. Kaum awam hanya mendengar suara kalian kemudian kalian berbanyak-banyak dalam mengumpulkan pendukung!
Artinya: Kalian ini penyandang mazhab/Mutamadzhibûn tetapi kalian tidak mengetahui bahwa kalian adalah Mutamadzhibûn. Tahukan kalian, mengapa kalian tidak mengetahui?
Karena simbol-simbol (panutan) kalian berkata kepada kalian bahwa mereka hanya mengikuti al Kitab dan Sunnah. Mereka tidak mengikuti mazhab. Sementara realitanya bahwa kalian semua adalah mengikuti sebuah mazhab. Syi’ah juga mengikuti sebuah mazhab. Demikian juga dengan kaum Shufi, mereka mengikuti sebuah mazhab. Dan demikian seterusnya.
Karenanya janganlah kalian memonopoli Islam (hanya pada kalian dan mazhab kalian saja) dalam keadaan kalian tertipu oleh omongan Salaf kalian. Kemudian kalian mau menipu kami. Wahai Syeikh Islam itu lebih agung dan lebih besar dari tekanan yang ada dalam mazhab kalian atau mazhab lawan-lawan kalian.
Demi Allah! Pahami masalah ini dengan baik; agar kalian berbicara atas nama mazhab saja. Benar bahwa setiap mazhab memandang bahwa mazhabnya mewakili Islam. Ini adalah kesalahan historis yang besar. Islam lebih besar dari mazhab.
Apakah saya akan menyebutkan sebuah contoh untuk saudaraku Safar?
Contoh itu saya ambi dari mazhabmu sendiri?
Dari ucapanmu sendiri?
Baik!
Kamu berkata –dengan sekedar bertaklid-: “Kaum munafik pada Ghazwah/peperangan Tabûk tidak mengolok-olok Syi’ar-syi’ar Islam, tetapi mereka hanya mengolok-olok para qurrâ’ (Ahli baca Al Qur’an/para penghafal), tetapi kendati demikian Allah menvonis mereka itu telah kafir dan tidak sedikitpun memberikan uzur untuk mereka” Ini adalah ucapanmu wahai Syeikh Safar. Dan bukan dari hasil penelitian kamu sendiri, kamu hanya bertaklid kepada Salaf/pendahulu panutanmu, kami tau hal ini. Tetapi apakah kamu pernah merepotkan dirimu dengan mau kembali kepada Al Qur’an agar mengetahui kenapa Allah menvonis kafir mereka?
Apakah Anda ingin tau?
Baik! Allah –Ta’âlâ- berfirman:

قُلْ أَ بِاللَّهِ وَ آياتِهِ وَ رَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِؤُنَ (65) لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إيمانِكُمْ

“Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian selalu berolok-olok. Tidak usah kalian minta maaf, karena kalian telah kafir sesudah beriman.” (QS. At Taubah; 65-66)
Di manakah ada Qurrâ’ dalam kasus ini wahai Syeikh?
Atau Allah berbohong dalam mengabarkan kasus kejadian itu. Kami berlindung kepada Allah dari anggapan demikian. Dan saya pastikan bahwa Anda tidak bermaksud demikian. Tetapi itu hanya (akibat) taklid -wahai Dr. Safar-. Taklid yang selama ini kalian mencela pihak lain karenanya. Allah berfirman bahwa kaum munafikin itu telah mengolok-olok “Allah, ayat-ayat dan Rasul-Nya” dengan redaksi yang tegas! Tetapi Syeikh Safar menafikan kenyataan tersebut. Ia berkata: ”Tidak!”. Sementara vonis kafir atas mereka telah Allah turunkan!
Ini sekedar satu contoh dari ratusan contoh di mana Syeikh Safar dan semisalnya mengklaim bahwa ucapan mereka adalah ucapan Allah dan ucapan Rasul-Nya!Kemudian mereka membangun di atasnya vonis kafir atas orang yang menyindir atau mengkritisi pendapan/ucapan mereka. Dalam ayat tersebut sama sekali tidak ada sebutan Qurrâ’. Lalu apakah Syeikh Safar bermaksud mau mencabut ayat untuk dasar vonis mengafirkan orang yang berbeda pendapat dengannya atau menyalahi sebagian Salaf panutannya?
Ia pergi berpegangan dengan riwayat-riwayat dzanniyah/yang belum pasti kebenaranya dan meninggalkan kejelasan ayat Al Qur’an?
Betapa sering saya mendengar seorang Khathib atau Da’i –selain Dr. Safar- mengulang-ulang pembicaraan ini! Mereka membentengi diri mereka dari kritikan bahwa Allah menvonis kafir mereka yang berbicara Qurrâ’ dan saling tunduk. Apa-apaan ini?
Akhirnya, saya nasihati Dr. Safar al Hawâli –semoga Allah membimbingnya kepada kebenaran- agar ia melampaui pembacaan sektarian yang memotong-motong nash-nash dan mempekerjakannya untuk kepentingan mazhab menuju pembacaan nash Ilahi itu sendiri. Kesalah-pahaman itu sangat banyak terjadi. Saya mengetahui bahwa ajakanku ini mungkin saja tidak bergema dan tidak mendapat sambutan; karena pembacaan sektarian sempat telah menguasai banyak akal dan hati. Ini pangkal problemnya.
(Selesai)